
Sedar dari lena, terasa ada kekuatan dan ilham
untuk menghayunkan jemari diatas "nota hati".
Mohon kekuatan dariNYa,
semoga ana tabah dan mampu menghadapi persoalan yang mendatang.
"Yang Dicari,
Walau bukan Putera Raja, Biarlah Putera Agama,
Yang Diimpi,
Biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata,
Yang Dinilai,
Bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani, sempurna hati,
Yang Diharap,
Bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat,
Yang Datang,
tak perlu Rijal yang Gemilang,
kerana ana Serikandi dengan silam yang kelam,
Yang Dinanti,
Bukan lamaran dengan Permata,
cukuplah akad dan janji setia,
&
Yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak Ilahi,
ana redha ketetapan Ilahi,
Itulah ketentuan sejak azali..."
* Nukilan Qalbu*
KHAR (10.44am)
No comments:
Post a Comment