Tuk! Tuk! Tuk!... ‘Mana perginya Mira ni…’Amirul berasa pelik baru sebentar tadi semasa dia hendak mandi terdengar suara adiknya bersembang dengan Fatin.
“Assalamualaikum…” tanpa menunggu lama Amirul memulas tombol pintu bilik Amira. “Apasal gelap sangat ni..” hatinya berbisik apabila melihat suasana bilik adiknya. Amirul tidak perasan sekujur tubuh yang terbaring di atas katil Amirah kerana suasana kelam yang hanya diterangi oleh sorotan lampu luar.
‘Ish ..mana pula dia letak handphone ni..’hati Amirul merasa tidak selesa dengan suasana yang suram itu lalu menekan suis lampu yang terletak di atas sudut katil tepi pintu.”Kan terang!” Amirul terkejut melihat Fatin yang tidak memakai tudung sedang lena memeluk sebuah buku.’Astaghfirullah.. apa yang aku buat ni..tak pasal-pasal dia terjaga,mesti riuh nanti..’ tanpa menunggu lama Amirul mengambil handphonenya di atas meja belajar Amira lalu keluar dari bilik tanpa sempat menutup lampu.
Hati Amirul bergetar bila teringat rambut ikal Fatin yang beralun lembut di atas bantal. Pertama kali melihat Fatin dalam keadaan sebegitu Amirul berasa gugup. Inilah kali pertama dia melihat aurat Fatin walaupun secara tidak sengaja.’Ya Allah, ampunilah dosaku atas kelemahan diriku ini’ Amirul memohon ampun,sekiranya imannya goyah waktu itu…jauhkanlah Ya Allah.
Terdengar bunyi enjin kereta di luar rumah mungkin Amirah pergi kedai tadi dan lupa berpesan dengan Amirul.’Kalau Amirah ternampak lampu terbuka..mesti dia rasa hairan..macam mana ni, takkan aku nak masuk bilik tu lagi,handphone ni…’kerisauan Amirul meyebabkan dia masuk semula ke dalam bilik adiknya. Bunyi derap kaki jelas kedengaran menandakan Amirah telah menaiki tangga.
“Eh, abang!” suara Amirah mengejutkan Amirul yang berada betul-betul di depan pintu bilik Amirah.“Ingatkan abang tak jadi balik hari ni,mak kata abang sampai esok…” Amirah hairan melihat wajah abangnya yang pucat. “Eer..ya..eh tak..eerr..maksud abang memang nak balik esok tapi semalam kawan abang call ajak balik sama hari ni.” ‘Apasal gugup pula ni’ Amirul sebenarnya terkejut diterjah adiknya tadi. “Ha..yang tercegat depan bilik Mira ni kenapa?, abang nak tengok Fatin ye…” “Astaghfirullah, melalutlah Mira ni..abang baru je nak ketuk pintu bilik Mira,nak minta handphone abang..” Ampunilah dosaku kerana menipu adikku Ya Allah. “Ha..mana handphone abang? Abang tak tau pula kat dalam ni ada ‘puteri’ tu..”Amirah mencebik bila abangnya menggelar kawan rapatnya puteri.
Puteri adalah nama manja Athirah yang Umminya seorang saja boleh panggil dan nama khas itu telah di gunakan oleh Amirah untuk memanggil kawannya bila mereka tinggal berdua.Namun Amirul pernah mendengar adiknya memanggil Athirah dengan nama itu sewaktu mereka masih di alam persekolahan. ‘Puteri…’ “Nah! Kedekut sangat dengan harta Tuhan ni..ambil je lah,nanti Mira beli yang lagi canggih..” “Eh! Siapa kata nak ambil? Abang cuma nak tengok gambar kat dalam ni…masih ada ke tak..lagipun handphone abang kan ada..” Riak wajah Amirah berubah menjadi berseri-seri. “ Abang tak nak ambil? Amirul hanya menggeleng menjawab pertanyaan adiknya. “Untuk selama-lamanya?..Yahuu!!! abanglah manusia yang paling baik kat dalam dunia ni.” Kegembiraaan Amirah tidak dapat ditahan bila melihat abangnya mengeleng untuk kali kedua sambil tersenyum.”Tadi kata kedekut..” “Eeer..maafkan Mira ya..alah Mira gurau jelah..janganlah marah ..ok, malam ni Amirah masak special untuk abang,boleh?” Amirul tersenyum melihat telatah adik perempuannya yang seakan kanak-kanak dibelikan mainan kegemaran.
*********************
“Kenapa kau tak bagi tau aku yang abang Mirul nak balik hari ni?” Mereka sedang sibuk memasak menyediakan makan malam semasa Fatin menyuarakan persoalannya. Fatin merasa terkejut bila dia bangun untuk mandi dan solat maghrib terpandang bilik Amirul yang bercahaya menandakan ada pemiliknya di dalam. “Eh mak cik, manalah aku tau dia nak balik hari ni…mak kata dia balik esok” Amirah memang biasa membahasakan ‘mak’ bila bersembang dengan Fatin. Ummi Fatin pun dia panggil Ummi. Perkataan ‘mak cik’ pula sudah biasa menjadi ganti nama kepada mereka berdua. Mereka sudah 8 tahun menjadi kawan rapat, kedua-dua keluarga saling mengenali, kemana pergi selalu bersama, suka dan duka dikongsi bersama bagaikan tiada rahsia diantara mereka. Sehinggakan guru-guru di sekolah dulu menggelarkan mereka kembar.Mungkin ada kebenarannya,wajah Amirah seolah-olah mirip wajah sahabatnya itu. “Yelah, sekurang-kurangnya time kau kejutkan aku tadi bagitaulah yang dia datang..!” Fatin tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Amirah. “Kenapa kau risau sangat yang dia datang ni..hmm…ada apa-apa tak..? “Ish! Bukan macam tu lah, manalah tau dia ternampak aurat aku ke..” Bau tumisan sambal belacan yang menjadi kegemaran Amirul menusuk-nusuk ke hidung.Amirah sibuk menambah perasa ke dalam kuali sambil tangannya mengoyang-goyangkan sudip. “Eh Mira, kau dengar tak..” Fatin yang sedang mensiang ikan di sinki berhenti melakukan tugasnya bila pertanyaannya tidak dijawab.”Hsss..syim!!! Alhamdulillah…,apa dia… nanti jelah kita sembang aku tengah consentrate ni..” ‘Hmm,selalu je macam tu kalau masak’ “Meh sini aku buat, kau tolong siangkan ikan ni…kerja senang macam ni pun tak boleh buat…siapalah yang malang dapat kau nanti…kesian abang Izham..”Fatin membersihkan tangannya yang terkena darah ikan. “Bukan aku tak tau masak Fatin, tapi hidung aku ni macam kau tak tau,sensitive sangat..” Amirah tergesa-gesa memberikan sudip kepada Fatin sebelum berlari ke tandas.” Buanglah seberapa banyak benda tu…” Fatin tersenyum melihat gelagat sahabatnya itu,tentu dia sedang mengeluarkan mukus. Amirah menghidap resdung sejak di bangku sekolah lagi. Pertama kali mengetahuinya Athirah merasa risau untuk berkongsi botol air dengan Amirah namun setelah Cikgu Faridah yang merupakan seorang guru Biologi menerangkan bahawa penyakit resdung bukanlah penyakit yang boleh berjangkit ,dan setiap manusia mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapnya kerana masing-masing telah memilikinya sejak lahir lagi. Tetapi ia merebak bergantung kepada cara pengambilan makanan dan suasana sekeliling sama ada kotor , berhabuk atau sejuk.
“Apa yang nak di buang..”Fatin tersentak dengan teguran Amirul yang secara tiba-tiba. Hilang semua ingatannya terhadap penyakit Amirah yang ada di hadapannya sekarang seorang lelaki yang berperawatakan lelaki idaman.”Eerr..tak, Amirah nak buang sesuatu..” Teguran Amirul yang tiba-tiba menyebabkan Athirah terkelu seketika.Entah berapa lama dia memerhatikannya ,mungkin dah sejam dia berdiri dekat tangga tu.Amirul yang faham dengan situasi itu hanya tersenyum sebelum keluar ke ruang tamu.Fatin sangat malu bila berdepan dengannya, mungkin kisah lama dulu yang membuatkannya menjadi begitu.
“Mira, kau nak tau tak aku ada dapat emel dari sorang kawan kat U.K..!” Amirah yang kebetulan sedang menuang air dari botol ke dalam mulutnya tersedak bila mendengar Athirah menyebut U.K. “uhuk..!uhuk..!hkmm…” “Eh, Mira! Kenapa pula ni, “Fatin merasa terkejut bila secara tiba-tiba Amirah terbatuk-batuk.”Kau tersedak ni, tulah aku dah bagitau kalau minum bacalah Bismillah.. ni tak main masuk je..ha, da tersedak..aku juga yang susah..!” Fatin membebel sambil mengusap-usap belakang badan Amirah. “Uhuk..!khmm.. eh, aku baca Bismillah la ni..aku bukan tersedak pasal tu, aku tersedak sebab terkejut dengar cakap kau tadi..khmm..Kau pun satu hal, kalau nak bagitau biarlah aku habis minum, ni tak menyempat-nyempat…”
“Maaflah Mira, aku ingat kau tak terkejut tadi..” Fatin rasa bersalah dengan percakapannya tadi, dia telah berburuk sangka dengan sahabat baiknya. “Ha..dah, takpayah tunjuk muka seposen kau..aku maafkan..lain kali bila nak cakap berita penting tengok posisi dan kondisi aku.”Fatin tersenyum mendengar Amirah berkata’posisi dan kondisi’ sama seperti Cikgu Bahar mengatakannya. “yang tersenyum-senyum pula ni ,kenapa?” “Tak delah…”
**************************
Fatin masuk ke bilik setelah selesai makan malam.Amirah yang masih sibuk bercerita dengan Amirul tidak menyedari ketiadaan sahabatnya itu. “Abang ikut siapa tadi?” Amirah sedang memotong buah epal di hadapan Amirul. “ Dengan Fakhrul,..kenapa..Mira masih ingat tak dengan dia?” Amirul dengan pantas mengambil buah epal yang telah dikupas kulitnya. Amirah mengangguk mengiakan kata-kata abangnya.“Sakitlah!..” melihat perlakuan Amirul, Amirah dengan pantas menampar tangannya.”Ha..,kalau nak.. kupas buah sendiri, ni untuk Mira dengan Fatin je..” Amirul mencebik melihat perlakuan adiknya.”Yelah, sapalah abang ni nak berkongsi dengan Mira, dahlah tak hensem hidung pula tersorong-sorong..”Amirah terkekeh ketawa mendengar kata-kata abangnya.” Amirul membuat wajah sedih sambil berpura-pura menonton drama ‘Love In Heaven’ di saluran tv2. Drama kegemaran Fatin,namun dia sanggup terlepas drama itu semata-mata ingin mengelak daripada Amirul.“Tau takpe…Fatin ni pun satu, memerap kat dalam bilik tu buat apa?..Fatin!!! meh lah sini..” “Dah tidur agaknya kawan baik Mira tu..” Amirul menjawab ajakan adiknya bila mengetahui tiada respon dariFatin.”Tidur..awal sangat ni..takpelah, abang makan jelah buah ni..Mira sedekah kat abang..” Amira menyuakan sepinggan piring buah epal untuk Amirul sambil membersihkan tangannya dengan tisu.” Syukran yazilan ya Amirah…”Amirul sengaja menggunakan bahasa Arab sebagai tanda terima kasih atas sedekah adiknya.Amirah hanya tersenyum mendengar usikan abangnya.
******************************
“Kenapa Ummi biarkan Fatin pergi rumah Mira? Ikhwan tengok Fatin tu selalu je ke sana sejak kebelakangan ni..Ummi tak boleh biarkan macam tu..” Ikhwan Fariz berasa risau dengan perlakuan adik bongsunya.Walaupun kedua-dua keluarga telah saling mengenali namun perkara begitu tidak seharusnya berlaku apatah lagi sekarang Fatin sudah dewasa.”tak manislah Ummi..”Puan Jamilah yang sibuk menyusun bunga di dalam pasu berhenti seketika bila anak sulungnya itu menegurnya.”Ummi bukan apa Wan, tapi ummi kesian tengok Mira tu,dia merayu sangat minta ummi benarkan Puteri tidur kat rumah dia, lagipun adik kau tu memang selalu pergi ke sana dalam bulan-bulan macam ni..mak Mira tu pun dah minta kebenaran dengan ummi suruh temankan anaknya bila dia balik kampung.”
Puan Jamilah menyambung kerja meyusun bunga di dalam pasu yang baru di beli semalam.Pasu itu Izham Helmi yang belikan untuk Umminya sebagai hadiah ‘Hari Ibu’. Ikhwan pula membelikan umminya sebuah beg tangan jenama ‘Bonia’ berwarna coklat.Walaupun Puan Jamilah menegah Ikhwan supaya tidak membazir, namun anak-anaknya selalu saja membelikannya barang sebagai hadiah.Dia bersyukur mempunyai anak-anak yang menyayangi dirinya.”Tapi sekarang dah ada Amirul boleh temankan Mira, Fatin tak payahlah lagi bermalam kat rumah tu.Biar Wan telefon Fatin suruh dia balik.”Tak payahlah Wan, biarlah dulu, lagipun Mirul tu 2 minggu je dekat sini, nanti dia pergi U.K siapa pula nak temankan Mira tu.” Kata-kata Puan Jamilah mematikan langkah Ikhwan yang ingin mengambil telefon bimbitnya.” Lagipun petang ni adik kamu tu nak balik sini dengan Mira, katanya nak sambut Hari Ibu dengan Ummi.” Ikhwan yang mendengar kata-kata Puan Jamilah merasa gembira dengan berita itu, senyuman terulas dibibirnya,pasti dia akan bertemu dengan Fatin petang nanti.Puan Jamilah pula berasa tidak sedap hati melihat kerenah anaknya yang seorang itu, dia tahu ada yang tidak kena dengan perasaan Ikhwan terhadap adiknya.
*******************************
“Abang,Milah ada sesuatu nak bagi tau abang..” Jamilah memandang suaminya yang sedang kusyuk menonton berita di sisinya.Sesekali kening Yusuf bersambung dan wajahnya serius menandakan dia berada dalam keadaan bimbang.Jamilah yang berada di sisinya mengeluh melihat perangai suaminya,’nanti je lah aku beritahu…masa sekarang tak sesuai untuk beritahu dia hal ni..’ Jamilah ingin beredar ke dapur . “Apa dia Milah? Milah cakap apa tadi?..” Yusuf yang baru menyedari soalan isterinya memandang tepat ke arah Jamilah.Isterinya tidak jadi untuk berdiri.”Tak pelah bang,nanti lepas makan Milah cerita dengan abang.”Nada suara Jamilah seolah-olah dia berjauh hati dengan sikap tak endah suaminya.”Milah, abang minta maaf kalau Milah terasa hati dengan sikap abang tadi..takpelah Milah cakaplah sekarang, abang nak dengar.”Yusuf memegang tangan isterinya.Walaupun sudah 15 tahun mereka berkahwin namun kasih sayang Yusuf terhadap isterinya tidak pernah pudar.Mungkin inilah hikmahnya mereka berkahwin atas pilihan keluarga.Restu dan redha keluarga menyebabkan mereka sentiasa berasa bahagia bersama walaupun kadang kala terdapat sedikit salah faham.
“Milah ada suatu hajat bang..” Jamilah memandang tepat ke arah suaminya.”Hajat? hajat apa..macam lain je bunyinya…nak minta abang kahwin lagi ke?” Yusuf tersenyum-senyum mendengar kata-kata isterinya.”Ish! abang ni, ke situ pulak…”Jamilah menampar lembut bahu suaminya.” Milah ingat nak ambil anak angkat..Yelah,Milah kan dah tak boleh dapat anak lagi lepas lahirkan Izham tu.. jadi..,” “Milah dah fikir masak-masak ke?”Jamilah tak sempat menghabiskan ayatnya.Yusuf berasa terkejut dengan pernyataan isterinya,dia tahu Jamilah tidak boleh melahirkan anak lagi untuknya tapi tindakan mengambil anak angkat bukanlah sesuatu yang mudah.”Abang tak setuju ?..takpelah kalau abang tak nak..nampaknya tak merasalah Milah menjaga anak perempuan..”Suara Jamilah seoalah-olah menahan sendu.”Bukan macam tu, tapi abang tak terfikir tu cara penyelesaiannya…lagipun kat mana kita nak ambil anak angkat?”Yusuf tidak sampai hati menolak hasrat hati isterinya walaupun dia masih ragu-ragu dengan tindakan Jamilah.”Tapi Milah rasa ini saja yang Mila boleh lakukan untuk abang,tapi kalau abang ada hajat yang satu tu untuk mendapatkan anak…Milah rela bang,yang penting abang bahagia.” Jamilah yang tidak dapat membendung lagi perasaannya mengalirkan airmata di hadapan Yusuf.”Astaghfirulla..alazim..Milah,abang tak pernah pun terlintas nak membahagi kasih sayang abang terhadap Milah dengan perempuan lain..abang bersyukur kerana dipertemukan jodoh dengan Milah dan abang harap biarlah Milah yang menemani abang di sana nanti.
Puan Jamilah mengesat airmatanya dengan hujung jari.Nostalgia lalu kembali hadir di ingatannya, walaupun telah 6 tahun suaminya meninggal dunia namun sehingga kini kasih sayang Puan Jamilah terhadap Dato’ Yusuf masih segar bak embun pagi yang menyirami rumput di awal dinihari. ‘Abang..’
********************************
“Cepatlah sikit Mira,aku janji dengan Ummi pukul dua, sekarang dah lewat lima belas minit dah ni..” Fatin yang sibuk memasukkan bajunya ke dalam beg sempat menjeling Amirah yang masih belum siap memakai tudung.”Sabarlah Puteri…aku dah laju tahap turbo ni,dah tu rambut ni asyik keluar macam mana aku nak baguskan tudung aku.” “Tulah,aku dah kata semalam iron baju tu awal sikit jadi taklah kelam-kabut macam sekarang...”Fatin yang sudah siap memasukkan bajunya memandang sekeliling. “Eh, mana baju kau? Meh sini aku tolong masukkan,kita bawa satu beg jelah ye..” Amira yang sibuk membetulkan tudungnya hanya menaikkan ibu jarinya sebagai tanda setuju.”Hai kalau macam nilah perangai kau, macam manalah abang Izham nak naik melamar cepat,baik aku nasihatkan abang aku tu..”Mira menjegkilkan matanya memandang sahabatnya melalui cermin solek.”Eh, janganlah cita dengan dia, malulah aku…”Fatin hanya tersenyum melihat gelagat kawan baiknya itu.”Puteri..” Nada suara Amira seolah-olah memujuk.“Tau takut…dah, cepat sikit aku nak masukkan semua barang ni kat dalam kereta..aku tunggu dalam lima belas minit je, lambat…. aku tinggal..!” “Yelah…!!!.
“Hello,Abang Mirul..Mira ni” “Hello… yelah takkan bluehypoo kot..” Fatin yang memandang Amirah tersenyum kecil mendengar gelaran Amirul untuk adiknya..Amirah sengaja membesarkan suara handphonenya supaya Fatin boleh mendengarnya.“Ish! Abang ni, apa-apa jelah..” “Ha.. ada apa?”Amirul baru saja ingin membuka keretanya. “Abang dekat mana ni..?” “ Kat Taman Tasik Titiwangsa..jalan dengan Zali tadi.” “ohh…Malam ni abang beli lauk kat luar jelah ye..Mira pergi rumah Aunty Jamilah dengan Fatin, kitaorang tidur kat sana dua hari..” Mendengar kata-kata adiknya, Amirul tidak jadi masuk ke dalam kereta, dia mengambil tempat duduk di sebuah bangku berdekatan.“Kenapa tak bagitau abang awal-awal? Boleh juga abang ikut sekali…”Fatin menjeling Amirah disisinya seketika, dia sedang memandu jadi tumpuannya lebih ke arah jalan raya.Silap pemerhatian mereka akan mengundang bahaya.“Ha..takpayah, siapa nak mengajar malam ni?.. “Eerr…” “ Oklah Bang Mirul, nanti sampai sana Mira call abang lagi, da…” Eer Mira!!..” Amirah tidak jadi menekan punat merah.”Ada apa lagi..” Amirah seperti melihat abangnya megusap-usap lehernya.Tindakan reflex itu akan terjadi bila Amirul sedang resah. “Boleh abang cakap dengan Fatin?” Amirah memandang Fatin yang kebetulan memandang wajahnya.Fatin menggeleng, keningnya berkerut.Amirah terus saja menyuakan handphone kepadanya.Fatin menggeleng sekali lagi sambil menunjukkan stereng kereta tanda dia sedang memandu. “Hello bang, fatin tengah drivelah..nanti jelah abang call dia ya..”Amirah terus menekan punat off setelah mendengar persetujuan Amirul.
“Kedai kek tu kat mana Mira?” Fatin sengaja memulakan bicara bila melihat wajah Amirah yang memandangnya seolah-olah inginkan penjelasan.”Kenapa tak nak cakap denga Abang Mirul? “ akhirnya persoalan itu keluar dari mulut sahabatnya itu. “Kan ke aku tengah drive ni..””Alah handphone tu aku boleh pegang untuk kau..tak pun letak handsfree..” Amirah tidak puas hati dengan jawapan Fatin. Dia bukan tak tahu sejak kepulangan Amirul,F atin selalu mengelak dari berhadapan dengan abangnya dengan memerapkan diri di dalam bilik.Mungkin malu berhadapan dengan Amirul tetapi tak salah kalau sesekali keluar bersama dengannya sambil bertukar-tukar cerita dengan abangnya.” Takpelah, nanti kat rumah dia call aku, aku cakaplah dengan dia..” Amirah hanya mencebik mendengar penjelasan Fatin.Dia tahu Athirah takkan mengangkat panggilan Amirul dengan seribu satu alasan. Bukan dia tak tahu sahabatnya itu sukar sangat untuk berbual dengan lelaki yang bukan mahramnya.Itulah prinsip Fatin yang amat disanjunginya sebagai seorang sahabat.
****************************************
Amirul masih termangu di bangku tadi. ‘Hai..kenapa pula aku rasa cemas bila nak cakap dengan fatin…adakah dia wanita yang selalu muncul dalam mimpiku…Puteri..’Amirul bermonolog seorang diri.” Hai friend!,kenapa tiba-tiba berminat nak ajak aku jalan kat tepi tasik ni?” Fakhrul yang telah lama mengenali Amirul berasa pelik dengan tingkahlaku kawannya itu.Amirul merupakan seorang yang serius dan pendiam sememangnya jarang melakukan perkara sedemikan tiba-tiba menghubunginya semalam meminta menemaninya berjalan di situ.Amirul hanya tersenyum melihat kedatangan Fakhrul.”Assalamualaikum..” “Waalaikumsalam..”merah padam wajah Fakhrul bila ditegur secara halus begitu. Fakhrul mengambil tempat duduk di sebelah Amirul.” Takdelah, saja nak tenteramkan hati dan lapangkan minda…melihat alam yang hijau dan terbentang luas adalah salah satu terapi untuk awet muda!..” Fakhrul tersengih mendengar kata-kata Amirul .Mungkin semalam dia bermimpi bidadari, tu yang otak dia tak betul sikit. Tak pernah dia mendengar Amirul berkata sedemikian apatahlagi bermadah seperti ahli sastera.” Eh, kau tak percaya ke..adik aku selalui kata kalau nak awet muda, kena rajin tengok pemandangan hijau.”
Amirul melemparkan pandangan kepada sepasang remaja yang duduk berdekatan dengan bangku tempat dia dan Fakhrul hanya di selangi sebatang pokok sahaja.’Betapa rendahnya nilai maruah remaja masa kini..’”Kata-kata kau tu memang aku percaya, tapi kau yang mengatakan kata-kata tu..aku tak berapa percaya…Seorang pakar forensik yang setiap hari bertemu dengan mayat dan dua puluh empat jam berada bersama mayat..boleh menuturkan kata-kata macam seorang ahli falsafah..Great!” Suara fakhrul yang agak lantang mengejutkan Amirul serta-merta mengalihkan pandangannya daripada terus memerhatikan gelagat sepasang merpati sejoli di hadapannya. “Hmm..” Amirul mengeluh sambil beristighfar menghalau syaitan yang ingin meracuni fikiran anak Adam yang berada dalam masalah. “I think this is must something serious..kalau tak, takkanlah DR.Amirul Azmi boleh mengeluh dan menuturkan kata-kata indah..” Fakhrul mengeluarkan dua tin minuman yang di belinya di kedai 7-Eleven semasa dalam perjalanan ke sini.Tin minuman berpindah tangan,Amirul membuka penutup tin dan terus meminumnya. Mudah-mudahan air yang mengalir di kerongkongnya bisa menjernihkan masalah yang berada di mindanya.”Entahlah Rul, aku pun confuse dengan perasaanku..aku..” “Wait..! One second… what? Perasaan, you mean your feelings..? Oh, God! Are you in love my friend?..” Fakhrul menggeleng apabila melihat Amirul mengangguk. “That’s it!
Amirul tersentak bila sebuah bola kecil berwarna biru terkena kakinya.Hilang segala perbualannya bersama Fakhrul sebentar tadi.”Abang, maaf ya..boleh bagi bola tu..?” seorang budak lelaki datang menghampiri Amirul yang sedang memegang bola tadi.” Takpe..hmm,abang boleh bagi tapi adik kena main dengan abang, boleh?” Budak lelaki itu kebingungan,takkanlah abang yang besar macam ni nak main dengan dia.Amirul mengangkat-angkat keningnya sambil memutar-mutar bola itu di hujung jarinya.”Boleh!”
*******************************
“Cantiknya kek ni..” Puan Jamilah yang baru saja selesai menunaikan solat Asar, keluar dari biliknya menuju ke dapur.”Mestilah..Mira yang pilih Ummi..” Amirah sengaja membesarkan nada suaranya supaya didengar oleg Izham,anak kedua dalam keluarga Puan Jamilah. “Oh, Mira yang pilih…patutlah nampak sedap je,pandailah ‘menantu’ ummi ni…”Puan Jamilah yang sudah maklum dengan perhubungan antara Izham dengan Amirah turut memainkan ‘lakonan’nya. “Ummi ni…”wajah Amirah serta-merta berasa panas kerana malu mendengar kata-kata Puan Jamilah.”eh, apa pula…betullah..kan Ummi..” Fatin yang mendengar perbualan Umminya dengan sahabatnya itu,pantas menjengah ke dapur.Izham yang berada di meja makan hanya tersengih-sengih mendegar perbualan yang berkait dengan dirinya.”Ha’ah..Ummi setuju,kalau orang sebaik Mira ni jadi menantu Ummi…”mata Puan Jamilah melirik ke arah Izham. ”Dahlah, nanti orang tu balik, kan susah…”Izham terus mencelah bila melihat Ummi dan adiknya semakin galak menyakat Amirah.”Ha! tengok siap ada penyokong lagi Ummi, kalau macam ni susahlah kita nak menang, dah seri dah ni…” Fatin tidak habis lagi dengan rancangannya untuk mempermainkan Amirah sementara muka Amirah merah padam bila diperli begitu.’Fatin ni memang nak kena,mentang-mentanglah kat rumah dia…takpa..bagi chance dengan dia’ Amirah bermonolog sendirian sambil berpura-pura tersenyum sedangkan debaran didada hanya Tuhan yang tahu.
“Assalamulaikum….!”” Waalaikumsalam…”Jawab mereka berempat seolah serentak.
“Eh! Abang Wan! “Fatin yang mendengar ketukan di pintu berserta salam tidak membuang masa terus berlari ke muka pintu menyambut abangnya.”Ha..Puteri abang dah balik..ingatkan dah tak ingat jalan pulang ke rumah…” Ikhwan sengaja menyindir adiknya. Fatin yang baru hendak mengambil briefcase abangnya terhenti untuk melakukankannya.Mukanya berubah sedih.”Puteri minta maaf bang,Puteri memang..””eh..abang gurau jelah..ish apasal touching sangat ni..” Ikhwan yang menyedari perubahan wajah adiknya itu terus mengubah haluan kata-katanya sebentar tadi.Dia tidak sampai hati untuk melihat wajah ayu itu digarisi kesuraman.”Yelah..tulah tadi suka sangat sakat orang..kan dah kena batang hidung sendiri..” Entah bila Amirah muncul diantara mereka berdua.”Apa khabar Abang Wan?..baru balik ke?” Amirah sekadar berbasi-basi.”Oh..Alhamdulillah,baik…takdelah baru nak pergi kerja ni…” Ikhwan tersenyum melihat wajah Amirah yang tiba-tiba menjadi kelat. Fatin hanya tersenyum mendengar jawapan abangnya,memang tak logic dek akal nak pergi kerja petang-petang macam ni.Ikhwan sengaja nak hidupkan suasana.”Oh…ingatkan baru balik, so nak pergi kerjalah ni..baguslah kurang orang makan kek Ummi nanti…ha..apa tunggu lagi pergilah kerja..”!Amirah yang sememangnya pantang diperli pandai membidas semula kata-kata Ikhwan tadi. Mereka semua ketawa dengan gelagat Amirah.Macam dia pula tuan rumah.”Ok Your Honour… Miss Elly Amirah Bt Mohd Zahir, I know that I’m wrong and I’ll accept what the punish..” Ikhwan sudah tidak sanggup untuk bertekak dengan bakal peguam yang sememangnya terkenal dengan kata-kata sinis.Amirah hanya senyum sambil mengangguk dan memegang dadanya seolah-olah perlakuanya itu telah memafkan kesalahan ‘defenden’ itu tadi.Izham sempat melirik ke arah Amirah.’Hmm…semakin petah berkata-kata…’
“Dahlah tu, kalau dilayan sangat korang ni, sampai esok pun Ummi tak dapat merasa kek ni..” Puan Jamilah sebagai ‘orang tengah’ mengambil langkah bijak dalam mengawal keadaan.
***********************************
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal”
Surah Al-Anfal, ayat 2.
Terasa ada sesuatu yang halus menusuk kalbunya, jiwanya menjadi tenang setenang angin yang meniup di waktu senja.Perlahan namun terasa nikmatnya. Betapa agung madahNya mampu menyedarkan hati yang lalai dek keseronokan dunia.
Fatin menutup al-quran mininya, pemberian abangnya dua tahun lalu. ‘Ya Allah, hanya rahmatMu yang kuharapkan. Jangan tinggalkan aku bersendirian walau sekelip mata.Perbetulkan segala urusanku. La ilaha illa anta.’ Fatin bermonolog dalam hati. Masalah yang dihadapinya kini terlalu berat rasanya untuk digalas dengan iman yang tidak menentu.
“fatin…” Puan Jamilah ingin mengatakan sesuatu namun lidahnya terasa berat untuk digerakan.Dia risau sekiranya kata-katanya nanti mengguris perasaan anak perempuan tunggalnya. Fatin mendongak sekilas.Dia tekun membaca emel rakan-rakan yang masih menuntut di luar negara.Salah satu emel itu, ada sekeping emel yang benar-benar menarik perhatiannya.Pengirimnya sememangnya dikenali namun sekadar nama samaran sahaja.”Puteri...do you hear me?” Puan Jamilah cuba menegur sekali lagi apabila melihat tiada respon dari anaknya.”Ya..I’m listen….” “ok, Puteri dengar…” Fatin tersenyum memandang umminya. Dia dapat tahu ada perkara penting yang ingin dibincangkan oleh umminya. Puan Jamilah akan bertutur dengan sehalus mungkin apabila bertutur dengan anak-anaknya jika berkaitan masalah peribadi. ”Sebenarnya dua minggu lalu, ada rakan ummi yang bertanya tentang Puteri…maksud ummi merisik…emm…apa pendapat Puteri?” Puab Jamilah mengusap-usap kepala anak perempuan tunggalnya.Walaupun anaknya itu hanya anak angkat namun kasih sayangnya melebihi kasih kepada anak kandung. Fatin yang mendengar kata-kata umminya sedikit tersentak dengan perkara yang diajukan.Bukan tak pernah ummi cuba menyuarakan tentang perkara tersebut, tapi bagi Fatin jawapannya tetap sama. Buat sementara ni, dia lebih suka menyendiri dan belum bersedia untuk sebarang komitmen. Baginya cita-cita untuk menjadi peguam yang berwibawa harus disandang terlebih dahuu sebelum berumahtangga. “Ummi, Puteri rasa…ummi dah tahu jawapan Puteri…”. Puan jamilah menghembus nafas perlahan-lahan.
No comments:
Post a Comment