Monday, April 25, 2011

Madah Buatmu, Wanita Solehah...


Wanita solehah itu aurat dijaga,

Pergaulan dipagari,

Sifat malu pengikat diri,

Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,

tidak terletak pada kecantikan wajahnya,


Kemanisan wanita solehah,

tidak terletak pada kemanjaannya,

Daya penarik wanita solehah itu,

Bukan pada kemanisan bicaranya yang

mengoncang iman para muslimin,

Dan bukan pula terletak pada

kebijaksanaannya bermain lidah,

memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,


Kepetahan wanita solehah,

Bukan pada barang kemas

atau perihal orang lain,

Tapi pada perjuangannya meningkatkan

martabat agama.


Nafsu mengatakan wanita cantik dengan

paras rupa yang indah bak permata yang

menyeri alam,

Akal mengatakan wanita cantik atas

kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu

serta pandai dari segala aspek,

Hati menyatakan kecantikan wanita

hanya pada akhlaknya,

Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.


Wahai wanita jangan dibangga dengan

kecantikan luaran,

kerana satu hari nanti ianya akan

lapuk di telan zaman,

Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,

Agar diri ini bersih dan sentiasa

mendapat Rahmat ilahi,


Wahai wanita jangan berbangga dengan

ilmu duniawi yang kau kuasai,

kerana ada lagi manusia yang lebih

berpegetahuan darimu,

Wahai wanita jangan pula berdukacita

atas kekurangan dirimu,

kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,

Kerana muslimin yang bijaksana itu

tidak akan terpaut pada wanita hanya

kerana kecantikannya,


Bersyukurlah diatas apa yang ada,

Serta berusaha demi keluarga, bangsa

dan agama.


"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan

adalah wanita solehah"

Sunday, April 24, 2011

Rindu Kedamaian Laut China Selatan


Pagi itu, hembusan bayu mengusap lembut pipi Aisyah sekilas membuka jendela biliknya. "Subhanallah...Maha Suci Engkau Ya Allah, Sesungguhnya tidaklah sia-sia kesempurnaan kejadian langit dan bumi yang Engkau ciptakan untuk hamba-hambaMU yang beriman..." lancar sahaja pancainderanya memuji keagungan Pencipta. Usai menunaikan Solat Subuh dan membaca al-Mathurat, dia beralih dari surau ke bilik asramanya. Kerinduan tiupan bayu negerinya seakan-akan memanggil muslimah itu mengingati insan-insan yang disayangi, 'ummi...' Kerinduan sentiasa menggamit hati kecilnya. Namun perjuangan disini masih menuntut pengorbanan, kerana prinsip hidup di alam fana ini sebagaimana yang diyakini, setiap kejayaan yang ingin diraih memerlukan pengorbanan yang sebagai galang ganti. Semakin sukar ujian yang dihadapi, Insya Allah...semakin manis nikmat kejayaan yang bakal ditemui. Janji Allah itu pasti...

'Mood Exam' masih terasa walaupun kini sudah 3 minggu berdepan dengan medan ilmu ini. Sahabat-sahabat semakin ramai yang mendekatkan diri pada Ilahi di saat pecutan terakhir, bermula dengan Solat Hajat sehinggalah ke Qiamulaill, surau Kolej Amiratul Husna' sentiasa diisi dengan insan-insan yang menginginkan redha Ilahi. Aisyah sendiri masih ada sehari lagi untuk menzahirkan cetusan minda di kertas jawapan. Menunggu dalam tempoh seminggu, masa yang terluang perlu diisi dengan pelbagai pengisian agar hati kecil itu tidak lalai daripada hakikat perjuangan hidup yang sebenar.

Triiit..triit.."salam. Sya, da helmt x?" bunyi mesej menyedarkan Aisyah Humairah. "em, xda, suma org guna, napa ya?" Mesej dari Hafizah Farhana, coursemate Aisyah. "oic, k takpe, nak g ktm...awk kat ne?" "emm, maaf ya. xdpt bntu.. dlm keta, nak g ampang (^_^)." "ampang???buat pe? " "emm, ada prgm dgn adik2 Maahad Tahfiz, jd fc." "uiii, yb jd fc pulok da, hehe". "yala 2, awk ni, dah2 jln lelok, smpai uma, kim slm ngan mak yea.." Aisyah tersenyum melayan kerenah sahabat kampusnya itu. Hafizah....gadis hitam manis yang lembut hatinya. Pada awal pertemuan, Aisyah melihat ada 'nur' yang boleh digilap di wajah gadis itu. Alhamdulillah, kini perlahan-lahan dakwahnya selama ini sampai ke dasar hati Hafizah.

"Ustazah, janganlah balik..."kata-kata Asyratuluna, si kecil berusia 7 tahun itu dengan lingangan air mata menyentuh perasaan Aisyah. Sambil memeluk dan mengusap belakang adik kecil itu, Aisyah menyapu air mata Una. "Una...jangan sedih, Insya Allah nanti ada masa lagi, ustazah datang lagi ya. Kalau sayang dan rindu kat Ustazah, Una kena doakan ustazah, ye...kalau nak doa, Una kena solat dulu, jadi Una kena janji dengan Ustazah, kena rajin solat, jangan tinggal solat ya...Ustazah sayang Una." Genangan air mata Aisyah akhirnya tumpah sebaik memeluk tubuh polos Una. Kenangan cerita di Maahad Tahfiz Munawarah, sentiasa tersimpan kemas di hati Aisyah. Insan-insan yang hadir dalam hidupnya, sedikit sebanyak mengubati kerinduannya kepada kampung halaman, kecantikan Laut China Selatan, hembusan bayu dan lambaian Gunung Kinabalu disulami leretan senyuman ummi yang dirindu....

Setiap pertemuan,
pasti ada perpisahan,
insan di bumi dikenali,
bukan untuk dimiliki,
hanya sebagai warna-warni,
dalam kembara hidup,
hamba yang mengabdi...
kepada Ilahi,

Ingatlah...

"Jangan Tangisi Satu Perpisahan Sekiranya Kita tak Menghargai Sebuah Pertemuan"

Wednesday, April 20, 2011

Bulan yang Bahagia...

Sedar tak sedar, lewat 4 bulan kini, Aisyah menjalani kehidupan kampus pada semester ini. Kesibukan dengan perjuangan menegakkan kalimah Lailahaillah, terkeja-kejar ke kuliah, diselit dengan tugasan, kerenah sahabiah, keletah adik-adik usrah, disamping cerita ummi di kampung, membuatkannya tidak menyedari kehadiran bulan ini.Bulan bahagia untuk dirinya. Pada 23 tahun yang lepas, pada bulan ini, lahirnya si anak kecil yang dinanti keluarga, permata ummi...satu-satunya Puteri yang disayangi..
"Selamat Hari Lahir, nak..."-(ummi)-
"Sanah helwa ya ukhti!...semoga Allah sentiasa merahmatimu dunia dan akhirat, semoga sentiasa thabit dalam jalan dakwah ini"- 12.04am-Kak Fatim. Kata-kata ulang tahun berlumba-lumba masuk ke inbox nya. 'Syukran kepada semua', hanya itu yang mampu diperkatakan. Senyuman dibibir sentiasa terlukis. Hari ini hari bahagianya. Tidak lupa pesanan amirul mukminin di peti emelnya... -syukran atas ingatan-

Salam Kelahiran...
Sedikit Perkongsian untuk tatapan bersama...
Law and legal birthday blowing out the candles
She said, according to some scholars 'recent books (ulama' scholars of old did not mention the anniversary of this) such a scholar major al-Azhar University in his book' Yas Luu Naka fiddin a "legal innovation be.
Since no examples of innovations made at the time of Prophet Muhammad SAW. It should be also because there is no verse or hadith texts prohibiting birthday, let it be provided in a manner that does not conflict with Islam.
Legal blow the candles are illegal because the practice of other religions but not in the Christian religion.Whoever is in accordance with the manners of a people's common to only include those that will. In a simple sentence "Whoever resembles a people, then it is taken to include in that class. (Reported by Ahmad and Abu Dawud from Ibn 'Umar)'
Half scholars say could make the cake but could not blow the candles and singing. Should bless the Prophet Muhammad. Those who bless on me (the Prophet) Allah will forgive him all of 10 times one's sins.
Be thankful because God is giving us a chance to live instead of the more fun while we celebrate birthdays for us we are getting old age and we are getting closer to the day of our death then we should be happy, clapping his hands or anything like that?
Selamat Hari Lahir yang ke-23...

10 hari kemudian, berita gembira datang lagi. Kak Zinnirah selamat melahirkan puteri sulung pada pukul 2.45 pagi, Alhamdulillah...bertambah umat Rasulullah saw.. NUR FATIMA SYARHA-nama srikandi kecil itu..semoga dirimu membesar menjadi pejuang muslimah yang mengimpikan syuhadah di jalanNya..amin.

Kebahagian yang Allah berikan, pasti bersilih ganti dengan ujian yang mendatang...namun, Aisyah percaya, walau sebesar manapun ujian itu, hati dan imannya berpesan... ingatlah, setiap kepayahan pasti ada kemudahan yang menyusul.."Sabar & Redha"-azimat dan pesanan dari abi....Jangan takut, DIA bersamamu...