Saturday, July 31, 2010

Sifat Amanah...


Selesai membaca ruangan tazkirah, Aisyah berteleku sebentar. Setiap bait kata dan firman-Nya serta sabda Rasul Junjungan bagai berlari-lari dalam ruangan kotak fikirannya. "Bukan mudah memikul suatu amanah dan tangunggjawab jika jasad tidak sanggup lagi", bisik hatinya. Selepas usrah bersama adik-adik Naqibah tadi, Aisyah tertarik untuk mengambil keratan akhbar di atas meja Kak Fatimah, berikutan malam ini malam untuk pengisian ilmu. Dari sehelai ke sehelai di selak dan dibaca sambil diambil pengertiannya. Namun, ruangan I Love Family, menjadi persinggahan 'kalamnya'. Secara tidak langsung isi ruangan itu, menari-menari dalam 'buku mayanya'.


"Saya tahu awak sakit kepala. Tapi awak kan masih boleh memandu. Jadi, pergilah sendiri. Buat apa tunggu saya? Saya ada hal dengan kawan", ujar seorang suami apabila isterinya meminta membawanya ke klinik. Bagi seorang isteri, dia tentu kecewa mendengarnya. Tetapi bagi suami yang berkata-kata, itulah ayat yang terbaik yang boleh dilafazkan supaya aktiviti bersama rakan-rakan tidak terganggu.


Namun begitu, pernahkah suami terfikir kesannya pada isteri? Bukankah kalau tumpuan semasa memandu terganggu dek kerana sakit kepala, boleh mengundang kepada kemalangan jalan raya? Kalau ada yang terlupa atau kurang peka, itulah namanya sifat ambil mudah.

Seharusnya suami menjaga isteri- Demikian wasiat Rasulullah saw sebelum kewafatan baginda. Dalam hal ini, baginda melihat wanita sebagai satu amanah. Justeru, wanita wajar dijaga dan diawasi. memperjelaskan lagi,


Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud," Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan wanita, kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah" (Riwayat Muslim).


Mengambil mudah bukanlah suatu perbuatan yang berhemah, apatah lagi kalau ia melibatkan amanah yang diberikan oleh Allah swt seperti isteri dan anak-anak.

" Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu sedangkan kamu mengetahui (salahnya)," (Al-Anfal:27)


Berfikir sebentar, muhasabah hati, iman dan amal... Bersediakah dia memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Semoga Allah dan KekasihNya memberi kesempatan dan kekuatan kepada hamba-hambaNya yang ikhlas 'berjuang' keranaNya...amin.

Friday, July 30, 2010

Ujian itu Nikmat...

Memetik kata Ustazah Husna dalam bual bicara Wanita : Bagaimana memupuk rasa kasih dan sayang berterusan dalam Perkahwinan, " Kita kena dasarkan semuanya kerana Allah."

Rasulullah saw bersabda:
Ya Tuhanku, aku mohon kepadaMU,
Supaya aku cinta kepadaMu, dan cinta kepada orang yang mencintaimu,
termasuk orang yang sayang kepada semua amalan yang boleh membawa kepada sayang kepadaMU...(Riwayat Tirmidzi).

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu"
(Imam Nawawi).

"Mengapa sejak belakangan ini, ana sering mendengar cerita-cerita alam rumahtangga...", monolog Aisyah di hadapan dairi kecilnya. Hatinya berbicara, mungkin sebagai panduan dan persedian pada hari depan, Insya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhanku...
Perihalah hatiku, dan hatinya(insan yang Engkau takdirkan untukku) agar sentiasa berada dalam landasan syariatMu...amin.

Thursday, July 29, 2010

Bismillah walhamdulillah...
Syukur kepadaNya, walau dalam kesibukan menjalankan tangunggjawab sebagai siswi, insan kerdil ini masih sempat, masih punya waktu untuk menimba ilmu di luar kampus. Dalam kelelahan mengejar detik, Maha SuciNya, kerana masih memberi kesempatan kepada insan kerdil ini melengkapkan diri dengan ilmu akhirat sebagai bekalan di sana nanti. Semoga Allah sentiasa merahmati a little khalifah and her family & sahabiah...amin.
Sekadar Pekongsian...
Kadang-kadang jasad leka dengan mainan jiwa yang mengusik qalbu ekoran kelalaian minda menguasai akal. Namun, sebijak mana pun musuh Allah (Syaitan), Allah pasti menghantarkan bantuanNya kepada hambaNya yang dahaga lautan kasih-sayangNya...
Sememangnya benarlah janjiNya "Disebalik Kesulitan, ada Kemudahan". Syukur padaMu, Ya Allah...

Sunday, July 18, 2010

Luahan Hatinya

Malam yang bening, sayup-sayup kedengaran bacaan ayat Al-quran di bilik Aisyah. Aisyah termenung bermuhasabah diri. "Ya Allah, apakah ini ujian dariMu?, jika benar...hanya kepadaMu ku kembali, meyerahkan hidup dan matiku, hanya untukMu...Tabahkan hatiku, Ya Allah, Ya Rabbi..." Gemersik sayu suara muslimah itu dalam doa malamnya ditemani embun salju mengintai kamarnya. Hatinya terusik lagi. Bukan sekali, namun acapkali dia diuji dengan mainan jasad kecil itu.

Friday, July 16, 2010

Permata Indah Disebalik Kerudung Hitam


Indah perhiasan itu

Terkatup rapat dalam bayangan hitam

Cantik bila dipandang

Namun sukar untuk dipegang

Pasti tersungkur sebelum berjuang...


Kain hitam melitupi diri

Menjaga perhiasan indah perhiasan duniawi

Biar angin datang menyapa

Biar panas membuas di kepala

Terus kental melawan hujan yang mengganas


Biarkan mereka mencemuh

Usah dipeduli suara sumbang di sana

Jangan terpedaya dengan mutiara palsu

Kerana...


Perhiasanmu lebih mulia daripada mereka

Percayalah...


Kesabaran dan ketabahanmu

Pasti terbayar

Bila kau menyedari

Ada rahmat dan nikmat yang menanti


Yakinlah...

Disebalik kerudung hitam itu

kaulah permata jauhari

Idaman manikam yang abadi.


An-nur: 16 Jul 10


Monday, July 12, 2010

Dia...

Salam...
Memasuki semester baru, ana termenung jauh...
bagaimana masa hadapannya? apakah masih seperti ini atau lebih baik?
"Ya Allah, perteguhkanlah hatiku.." monolog ana.