Seperti mahasiwi lain, Aisyah juga disibukkan dengan persiapan menghadapi peperiksaan hujung semester minggu ini. Cuma yang membezakan peperiksaan pada kali ini, adalah tarikhnya hampir dengan tarikh dan masa untuk turun ke gelanggang sebenar, lapangan tarbiyyah yang lebih mencabar. Latihan Mengajar. Jika sebelum ini, setiap teori yang dipelajarinya, diambil dan diproses kemudian dicerna sebaik mungkin untuk pengamalannya di kemudian hari, namun hakikatnya dalam beberapa minggu lagi, pencernaan ilmu itu akan diterjemahkan di medan dunia sebenar. Lamunan dan bisikan mula menari di tayangan hati dan mindanya.
'Kuatkah ana?, Tabahkah ana? Mampukah ana menghadapi kerenah dan peel manusia yang sememangnya ada seribu satu macam?, Subhanallah, Ya Allah, beri hamba kekuatan...Sesungguhnya kata-kata kekasihmu..."Allah dan seluruh Malaiktnya serta penghuni langit dan bumi, sehingga semut yang ada di dalam liangnya dan ikan yu semuanya memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan ilmu kepada manusia"-(Hadis Riwayat Al-Imam At-Tirmizi), ibarat simiran angin yang menjadi penyejuk hati ini agar tabah untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan yang berlaku nanti..aku yakin! aku mampu melakukannya.. Allah pasti sentiasa bersamaku.' Senyuman manis terukir dibibirnya.
"Ukhti Aisyah yang disayangi...mengelamun sampai ke bintang ke? " Fatimah, sahabat baiknya bersuara sambil mengoyang-goyangkan tangan dihadapan wajah Aisyah. "Subhanallah...astaghfirullah...enti, terkejut ana.". Aisyah kelihatan kalut diterjah sedemikian, walaupun lembut kedengaran namanya dipanggil, namun terasa ingin luruh jantungnya, terbang semua bisikan hati tadi bersama goyangan halus tangan sahabat seperjuangannya itu. "La, asif-asif...ana tak sengaja, maaf ya enti.." Fatimah berasa bersalah membuatkan sahabatnya itu terkejut sedemikian rupa, sehingga tangannya kelihatan sedikit menggeletar. 'Apa yang ana lakukan ni..', "Enti ok tak ni?, janganlah diam je, ana risau ni.." suara Fatimah kedengaran bergetar, rasa bersalah menyelebungi dirinya, tidak pernah dia melihat keadaan Aisyah sedemikian. Mungkin tegurannya tadi membuatkan Aisyah diam seribu bahasa. "Imah, jangan risau...ana cuma terkejut sikit je tadi. Ana tengah fikirkan keadaan praktikal kita nanti, ana risau...ana tak mampu berikan yang terbaik untuk anak-anak didik nanti...ana takut ilmu yang ana ajarkan nanti menyimpang dari kebenaran, ana risau...", tiba-tiba manik-manik jernih mengalir dari tubir matanya. Tidak disangka kerisauannya menzahirkan kesedihan sebegitu. Hatinya teasa pedih. Takut, bimbang, khuatir dan risau, bercampur baur menjadi satu.
Aisyah...(si manis bermata bening), air mata seolah peneman dirinya, kesedihannya pantas tergambar bila hatinya terusik berkaitan soal tanggungjawab.' Fatimah lantas mendakap sahabatnya. 'Murninya hatimu sahabatku'. "Aisyah...insya Allah, kita mampu menghadapinya. Jangan risau, niat kerana Allah, Allah akan sentiasa bersama kita dan membantu hambaNya yang membawa dakwah dan agamaNya, kan Allah sentiasa bersama sangkaan hambaNya?, Insya Allah..jangan risau ya.." Pelukan dileraikan. Fatimah lantas mengusap air mata Aisyah. Senyuman berbalas.
Melihat senyuman manis Aisyah, timbul idea di benak Fatimah, hendak mengusiknya. "Ana ingatkan enti duk fikir tentang cadangan Ustazah Izzati..sampai tak sedar kedatangan ana, kusyuk sangat.." Fatimah cuba mengorek rahsiah hati sahabatnya. Dia tahu Aisyah menemui Ustazah Izzati dua minggu lepas, jika bertemu empat mata dengan naqibah usrah mereka itu, pasti ada sesuatu yang disuarakan berkaitan masa depan mereka. Dia juga pernah melalui perkara yang sama sebelum ini. Cuma berbeza dengan Aisyah, dia hanya sekali diberi ujian begini, tapi sahabatnya itu..terlalu disayangi olehNya, ujian silih berganti, membuatkan Aisyah menjadi muslimah berhati 'kering' seperti itu.
"Em, maksud enti?, cadangan apa ya?". Aisyah cuba menutup debaran yang kian terasa. "Aisyah Humaira' si kemerah-merahan....sekilas ikan di kali, ana tau jantan betinanya...jangan nak tipu ana..kita dah lama kenal, daripada semester satu, ana tahu enti cuba menafikannya dan berusaha menjauhkan diri daripada bercerita tentang hal ni.. tapi ana harap untuk kali ini, enti cuba pertimbangkannya. Tahun depan kita dah habis kuliah, bukankah itu antara syarat enti?". Fatimah tahu dia tidak akan berjaya sekiranya membiarkan Aisyah membuka sendiri rahsiah itu, bukan sehari dua dia mengenali Aisyah. Aisyah memang hebat di pentas siasah dan medan tarbiyyah, namun jika soal ini dibincangkan pasti ada sahaja alasannya. Sedangakn jika dilihat dari segi masalah, rasanya tiada, jauh sekali masalah yang rumit. Umminya sentiasa merestui, malah mengharapkan Aisyah menerima dengan baik hasrat suci ini.
'Ummi bukan apa Imah, ummi takut Aisyah tak nak terima muslimin sebab dia tak nak ummi jauh darinya. Ummi kenal anak ummi, walaupun dia nampak kuat diluar, namun hatinya mudah tersentuh bila perkara berkaitan ini dibincangkan. Alasan yang selalu ummi dengar, nak sambung study, tak nak berpisah dengan ummi..sedangkan dia memang tak nak fikirkan hal ni, .risau ummi.' Kata-kata Puan Zubaidah, ummi kepada Aisyah masih terngiang-ngiang di pendengarannya. 'Ustazah harap Imah dapat bantu ya, cuba pujuk dan lembutkan sedikit hati sahabatmu', harapan Ustazah Izzati juga menyusup masuk di ruang mindanya. 'Aku kena buat sesuatu'.
Lantas Fatimah bersuara, memecah kesunyian antara meraka. "Diam tanda setuju..maknanya, enti setuju la?, ok...mudah kerja ana, ana akan maklumkan pada ustazah Izzati,". Fatimah ingin berdiri, namun lengannya lantas dipegang kejap oleh Aisyah. "Enti..." renungan mata sahabatnya itu, menggambarkan segala-galanya. Dia faham, ada bebanan berat yang ditanggung di dasar hati sahabat baiknya itu. Sebagai sahabat dia perlu pecahkan bebanan itu dan membuang terus ke dasar lautan, biar tenggelam tak timbul lagi.
"Aisyah...ana faham, walaupun enti tak cerita, ana tahu. Tak pelah, banyakkan istikharah dan solat hajat. Minta petunjuk darinya, Insya Allah jika tidak melalui mimpi, pasti akan terlintas dalam ketenangan hati yang diberikanNya. Percayalah sahabatku...Mula hari ni, buang semua prasangka negatif itu, cuba ambil ibrah dan mulakan persepsi yang baru dan sentiasa optimis!, boleh?". Fatimah menegakkan tangannya ke atas. Aisyah ketawa kecil melihat gelagat sahabatnya. Anggukan bersama senyuman yang terukir, menandakan hati dan mindanya kini seiring dengan apa yang dikatakan oleh Fatimah. Fatimah menggenggam jari sambil menaikkan ibu jarinya, tanda mengucapkan Selamat Berjaya untuk sahabatnya!.

"Tapi, sekarang ni, kita kena fokus exam dulu cik NurFatimah Kalisyah...supaya, tahun depan kita mampu meraih segulung ijazah, kan?", Aisyah sudah mampu mengukir senyuman. "Eh, yalah...hehe..baiklah...F.O.K.U.S!". Dia tekad menggapai kejayaan itu, setelah termakbul, barulah impian yang satu lagi dicapainya. 'Utamakan yang lebih utama.' Hati kecilnya berazam seiring doa kudus kepada Ilahi. Ketawa kecil menyerikan ikatan persahabatan mereka. Kegembiraan mengakhiri sebuah episod duka. Begitulah Janji Allah. Allah pasti sentiasa ada untuk hambaNya.