INILAH MAHABBAH FILLAH
Setelah meneliti setiap perincian artikel itu, Khazinatul Asrar tertarik dengan satu lagi artikel di bawahnya. Inilah Mahabbahfillah. 'Em, boleh dijadikan pengisian untuk usrah dengan adik-adik ni, tidak mengapa meluangkan masa sekadar lima minit untuk membaca pengisian sebegini kerana ia juga ilmu, lagi-lagi untuk mendakwah remaja yang sinonim dengan kasih dan cinta'. Khazinatul Asrar pantas meneruskan bacaannya.
Cinta itu indah. Ia sesuatu yang besar yang datang daripada Allah Yang Maha Besar. Kalimah Hub (cinta) kerap diulang sebut dalam al-Quran. Dan Maha Suci Allah daripada memasukkan sesuatu yang remeh dalam kitabNya yang maha besar. Oleh sebab itulah sejak dahulu hingga kini, manusia terus-menerus memburu cinta.
Tidak kira bagaimana cinta ditafsirkan, orang yang pernah mengalaminya sahaja yang dapat merasakannya. Sampaikan ada orang berkata, sesiapa yang tidak pernah bercinta, berkuranglah kebahagiaan dalam hidupnya di dunia ini. Syair Arab ada mengatakan bahawa sesiapa yang tidak mengenal cinta, maka dia tidak akan mengenal keajaiban dunia!
Cinta memang indah kerana ia datang daripada Allah Yang Maha Indah. Tidak ada ciptaan yang buruk disisi Allah. Buruk dan baik hanya soal nisbi (relatif) yang dirujuk kepada ilmu manusia yang terbatasberbanding ilmu Allah yang Maha Luas. Justeru, jika kita mencintai ciptaan Allah yang indah itu pun sudah nikmat, apalagi kalau kita berjaya mencintai Pencipta keindahan itu sendiri, maka sudah tentu nikmatnya lebih berganda. Oleh sebab itulah menurut pandangan ulama, nikmat yang paling tinggi di syurga nanti ialah kenikmatan dapat melihat wajah Allah!
Orang mukmin tetap memilih untuk mencintai Allah, lebih daripada segala-galanya. Untuk itu ia sanggup berkorban apa sahajademi kecintaannya. Ia rela bercinta dengan sesiapa dan apa-apa sahaja, jika cinta itu kerana dan untuk Allah. Dan ia rela berpisah dan bermusuh dengan sesiapa sahaja yang menghalang cintanya kepada Allah. Dia juga rela bersaudara dengan sesiapa sahaja kerana cinta Allah.
Dalam Perang Badar misalnya, Saidina Abu Bakar r.a berada di pihak tentera Islam, tetapi anaknya yang belum Islam berada di pihak musuh. Dalam perang itu, anaknya selalu mengelak daripada bertembung dengan bapanya (Abu Bakar).
Bertahun-tahun selepas Perang Badar, anak Abu Bakar memeluk Islam dan meluahkan isi hatinya: “Ayah, dalam peperangan Badar dahulu anakanda mengelak diri daripada bertarung dengan ayah. Anakanda sangat sayang ayah walaupun kita berbeza keyakinan.” Namun, apa jawapan Saidina Abu Bakar? Beliau berkata : “Demi Allah, jika ayah bertemu kamu waktu itu, nescaya ayah tidak teragak-agak memmancung kepalamu!”.
Cinta akan Allah juga dapat megeratkan hubungan dua insan yang pada mulanya bermusuhan. Umar al-Khattab misalnya pernah berkata tentang Umair bin Wahhab (yakni ketika Umair datang ke Madinah dengan tujuan untuk membunuh Rasulullah saw) : ‘babi lebih aku sukai daripada Umair bin Wahab.” Namun, setelah Umair insaf dan mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Rasulullah saw, Umar al-Khattab berkata: “…tetapi saat ini aku lebih suka Umair daripada anak-anakku sendiri.”
Islam tidak akan bangun sekiranya tidak ada cinta seumpama itu. Cinta Allah menyatukan dua pihak yang saling mencintai-Nya. Ia dapat mempersaudarakan antara dua buah negara yang bersengketa, antara dua kaum yang bertelagah, dan antara dua insan yang bermusuhan. Orang yang paling intim dengan Allah, sewajarnya juga yang paling intim dengan manusia. Inilah yang dicari! Menyeru kepada cinta Allah untuk memantapkan cinta sesama manusia kerana apabila rapuh iman, pudar pesona Cinta.
-Ana Faqir Ilallah-27 Januari 2012.
Khazinatul Asrar terpempan seketika setelah membaca artikel yang sangat bagus penilaiannya tentang cinta. Perlahan-lahan Khazinatul Asrar menaip sesuatu di dalam coretan blognya. Sesuatu pengisian yangs selama ini menjadi pegangan dan prinsip hidupnya. Dia ingin berkongsi kepada adik-adik usrah yang rajin menziarah blognya itu.
***Sedikit Penambahan Dari Insan yang Dhaif dalam Mencari Kasih dan Cinta-Nya***
Ada Tiga Peringkat Cinta.
Dr.Abdullah Nasih Ulwan meletakkan tiga peringkat cinta ini berdasarkan Surah al-Taubah ; ayat 24.
Cinta Paling Agung...sudah tentu cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad dijalanNya. Tiada cinta yang boleh menyamai kedudukan cinta ini. Cinta Pertengahan
Cinta Pertengahan...ialah cinta yang terhasil daripada ikatan seseorang dengan seseorang yang dihasilkan samada dengan ikatan akidah, keturunan, kekeluargaan, kaum kerabat, perkahwinan dan persaudaraan.
Cinta yang Hina...cintakan taghut, syaitan, musuh-musuh Allah, hawa nafsu, syahwat dan mengutamakan kasih kepada ibu bapa, anak-anak, isteri atau suami, keluarga, perniagaan, dan kasihkan negara lebih daripada kasih dan cintakan Allah, Rasul dan Jihad di jalanNya.
"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya(azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasik."
-KA-
'Insya Allah ada sedikit ilmu yang boleh aku kongsi kepada adik-adik penerus dakwah di sini.' Bisik hati Khaszinatul Asrar sebelum meyusun buku-buku di mejanya. Ada tugas yang perlu dilakukan di kolej nanti, dia perlu segera pulang untuk melihat Hajar.
No comments:
Post a Comment