'Tapi dia tidak mengkhianatimu Hajar, malah dia cuba untuk memperbaiki persahabatan kamu berdua. Bukankah semalam kau lihat sendiri bagaimana Khazinatul Asrar cuba mengelakkan diri daripada bertembung dan berbicara dengan Thabit? Apakah kau tidak menyedarinya? Khazinatul Asrar sentiasa ingin menjaga hatimu kerana dia tahu kau amat mengharapkan Thabit'. Bisikan halus datang lagi tapi kali ini bukan dari syaitan, suara kecilnya yang dilapisi iman cuba berbicara.
Mengapa aku berfikiran begini? terlalu berprasangka dengan sahabatku sendiri...apa sahaja nilai lelaki itu berbanding kebaikan dan ketulusan hati Khazinatul Asrar kepada aku selama ini. Bukan dia yang mengkhinati aku, aku yang mengkhianatinya dengan menyembunyikan kebenaran sebenar, sedangkan aku tahu Thabit mengharapkannya, tapi Asrar, langsung tidak mempedulikannya. Malah selama ini aku yang pernah mengkhianati Asrar, aku membaca diarinya tanpa keizinan darinya bahkan pernah membalas surat Adam Haieqal tanpa pengetahuan Asrar. Aku yang jahat! Aku tak layak bersahabat dengan sahabat sebaik Khazinatul Asrar...maafkan aku Asrar...maafkan aku...Linangan air mata penyesalan mengalir lembut ke pipi Hajar. Dia sedar kini, hatinya ego untuk membenarkan hakikat bahawa dia yang bersalah atas kerenggangan perhubungannnya dengan Khazinatul Asrar.
Nota Kasih Untuk Sahabatku
Maafkanlah...supaya kita diampunkan.
"...dan hendaklah mereka memafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (an-Nur:22)
Maafkanlah... supaya Allah menjadi sayang.
"...dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka),maka sungguh Allah, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (at-Taghabun :14)
Maafkanlah...supaya kita tidak sama seperti orang yang tidak berakal.
"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang yang bodoh." (al-A'raf:199)
Maafkanlah...kerana orang yang mulia sentiasa memaafkan.
"Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia." (asy-Syura:43)
Maafkanlah...agar engkau termasuk orang yang gagah menahan marah.
"...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) yang lain."(Ali Imran:134)
Sesuci Cinta Ilahi dan Nabi, Setulus Kasih sahabatmu -KA-
Sekali lagi, Hajar cuba merenung post baru Khazinatul Asrar dalam blognya. 'Murni sungguh hatimu sahabatku...' kali ini Hajar menguatkan hati, kecekalan iman mengalahkan nafsu syaitan. Hajar nekad. Khaiznatul Asrar ingin ditemui.
No comments:
Post a Comment