Thursday, November 29, 2007

Kata Sehalus Pedang...

Sheikh Ibn Qayyim Al-Jauziyah r.h.l. berkata (dalam buku Al-Fawa'id):

"Jika seseorang hamba menjalani hidupnya di waktu pagi dan petangnya, sedangkan tiada yang menjadi fokusnya melainkan Allah s.w.t. semata-mata, maka Allah s.w.t. akan menanggung untuknya akan hajat-hajatnya seluruhnya (Allah s.w.t. akan menunaikannya), Allah s.w.t. akan memalingkan kesusahan daripadanya, dan akan mengosongkan hatinya hanya semata-mata untuk disikannya dengan makrifatNya (mengenaliNya), dan menjadikan lidahnya sentiasa memperingatiNya, dan Dia akan menjadikan anggota badannya seluruhnya dalam ketaatan kepadaNya.
Jika seseorang hamba menjalani kehidupannya samada di waktu pagi mahupun petang, sedangkan tiada yang lebih dipentingkannya selain daripada dunia, maka Allah s.w.t. akan memebebankannya dengan bebanan-bebanan dunia dan isinya, sehingga dia akan berduka dan berasa tidak tenang kerana dunia tersebut. Allah s.w.t. akan menyerahkan dirinya kepada dirinya sendiri, tanpa membantunya. Lalu, hatinya sibuk daripada cintaNya, dengan kecintaan kepada dunia yang meletihkan, lidahnya sibuk daripada mengingati Allah s.w.t. dengan mengingati makhluk, dan anggotanya sibuk daripada ketaatan dengan mengejar keduniaan.

Madah Untukmu....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling nasihat- menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat -menasihati dalam kesabaran"
~Surah Al A'sr ayat: 1-3~
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, sehari bagaikan seminggu , seminggu bagaikan sebulan,sebulan bagaikan setahun, begitulah pantasnya putaran detik masa berlalu bak lintasan kilat yang menyambar dihujan hari. Semalam yang ditinggalkan tiada kembali lagi, hanya nostalgia mengamit minda. Esok yang mendatang, entah milik siapa, yang pastinya akan terkubur jua. Begitulah, lumrah hidupnya insan dipersada yang tiada abadi. Namun, bani insan masih lena diulit mimpi-mimpi sementara yang menyeronokkan tanpa menghiraukan lautan selimut dosa dan sehalus pahala yang menyelimuti diri.
Dunia hari ini, tak seindah dunia dulu. Anak-anak kecil bagaikan kapal tanpa nahkoda hanyut entah kemana. Dibiarkan membesar bersama arus ketamadunan tiada sempadan tanpa dibajari dan disirami nur keimanan dan ketaqwaan. Sedangkan ibu-bapa hanyut bersama pembangunan dunia material tanpa mengendahkan sekelumit waktu untuk sikecil. Muda - mudi berterbangan bagaikan merpati sejoli terbang ke sana- sini mengikut rentak bayu yang menjijikan tanpa menghiraukan perangkap dosa yang mendatang. Permata berharga dibiarkan hancur dek kerakusan nafsu yang menyeronokkan. Lantas tiada siapa yang peduli, rintihan suara kecil yang tak berdosa dibiarkan bagaikan sampah dijalanan.Yang berkuasa memejamkan mata tanpa menghiraukanya, hanya lontaran janji-janji manis bermain dibibir yang penuh dengan sandiwara. Harta kekayaan bangsa terus dimamah satu persatu bagaikan singa kelaparan tanpa menoleh depan dan belakang.Suara-suara kebenaran terus ditenggelamkan bersama arus kebencian.
Islam hanya bermain dibibir, dijaja kesana kesini bagaikan akulah perjuangIslam yang terulung sedangkan dihati ternampak kebencian yang nyata.Begitulah lagak binatang bertopengkan manusia yang penuh dengan sandiwara menjijikkan. Entah!! , sampai bilakah ianya akan berakhir...entah!!, siapakah yang akan membelanya, bangkitlah dari lenamu wahai pejuang- pejuang kebenaran, walaupun ketitisan darah terakhir. Pastikan keagungan Islam bersinar kembali bersama sinarnya mentari pagi....
"Apakah manusia itu mengira bahawa merekadi biarkan saja mengatakan;" Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
~Surah Al-Ankabut ayat 23~
PERJUANGAN bukanlah jalan yang singkat,mudah dan disambut dengan alunan kompang, atau dihampari dengan karpet merah.. tapi ia adalah satu jalan yang hanya diambil oleh mereka yang sanggup mengorbankan harta, masa dan diri mereka bila sahaja diperlukan.. Jalan yang dipenuhi onak duri dan ranjau.. Dan mereka yang berada di atas jalan ini bukanlah mereka yang leka akan dunia yang fana ini.. mereka sentiasa memastikan segala tindakan dan tingkahlaku hanyalah untuk membela PERJUANGAN yang suci ini.
Sahabatku... sesungguhnya kita adalah mata rantai perjuangan ini,
Jangan sia-siakan apa yang ada hari ini untuk membina kebahagiaan pada masa akan datang yang pastinya telah dijanjikan...
Percayalah, walaupun kita terpisah oleh benteng cahaya namun semuanya akan sentiasa dalam lipatan memori yang tidak akan terluput... hadirnya diriku hanyalah sementara....maka maafkanlah daku... Hakikatnya, bahawa kita sebagai manusia hanya sementara di dunia...kau dan aku pun juga tahu bahawa takdir qada' dan qadar datangnya dari Ilahi...andainya nyawaku tiada lagi...bahagiakanlah daku dengan doa tulusmu sebagai iringanku yang terakhir... bahagiakanlah aku dengan 'kemenanganmu'...
kenangkanlah daku dalam doamu...
Sahabatmu....

Thursday, November 22, 2007

Muhasabah Iman....

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. Ditakdirkan Allah, assignments di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana discussion di sana sini. MP3 player berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.

“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah ini..” Najwa mengeluh sendirian.Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al Anfal ayat 2:“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal”Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulallah SAW.“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)” Riwayat Abu Dawud, Ahmad.
Najwa singgah duduk di satu “bench” di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya.“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan”. Dalam Najwa mengulangi doanya itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya:Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan?Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya.Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti halaqah mingguan. Dia terasa sangat “excited” kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa…”Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan.
Najwa tersentak… Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin.“Oh.. di situlah silapnya… Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini… Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku”Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar. Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelematkan Najwa dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuann), lalu dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh.
Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan program-program islami semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan “dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak lagi..“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?”Najwa teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar… Dia telah melupakan dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini.. aku mengharapkan Mu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku.. walau pada kadar sekelip mata,” Najwa berharap.
Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri.Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa.. Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan.Najwa terkedu.
“Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati.“Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik.“Alah.. maaflah.. Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil beri salam.“Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya.Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki? (Apa khabar iman kamu?).Hayati senyum, “Alhamdulillah.. Alhamdulillah… I hope to stay in Ramadhan all the time!”Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan!”Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err… Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi, saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar from Sheikh masa solat tarawikh kat musollah”“Surah Al Ma’un ayat 4-5.”“Dalam ayat 4.. Allah cela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa-rasanya kenapa, Najwa?” Hayati buat soalan KBKK pula.“Alah, mana la saya tau… Awak citer je la” Najwa malas nak fikir.“Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. “Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, bukannay fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Bukan referring to orang yang lalai within his/her solat. As if, orang tu dah defeat the purpose of solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solatnya. Itu sebab Allah cela”
“Macam kita lah, kalau dok dalam halaqah, kita asyik cerita pasal kena amar ma’ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar halaqah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu.. What is the purpose of the halaqah to begin with?” Hayati berkata.Najwa tertunduk. “Jazakillah ukhti…”Hayati berkata, “Awak ni cam ade problem je……”Najwa melarikan pandangannya, “Hmm.. Biasalah, hati kurang sihat.”Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah.. Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasulullah pernah cakap, sapa yang dalam saat imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”“Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya....Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”You know what, Najwa…Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap kepala Najwa.Najwa menyeka air mata.
Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya!Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan, diterima oleh Allah.

Tuesday, November 13, 2007

Siapa Dia?

"Assalamulaikum..." aku memandang wajah pemuda di depanku, salamnya hanya kujawab dengan volume yang aku rasa hanya diriku yang dengar. "Nak tanya, boleh?' suaranya kedengaran lagi namun wajahku hanya tunduk dan aku berpura-pura sibuk mengemas meja jualan kuihku. 'Dia ingat ni kaunter pertanyan ke....' bisikku, "astagfirullah' tak baik buat orang macam ni, mungkin orang ni betul-betul perlukan pertolongan. Aku memandang sekilas, orangnya memakai cermin mata rabun. "Ye, nak tanya apa?" aku menyoal kembali sambil sibuk membetulkan susunan kuih karipap, kuih yang menjadi kegemaran para pelangganku. " Adik ni memang jual kuih ke?" 'eh, dia ni rabun ke, buta..' "tak maksud saya, memang selalu jual kuih ke? sebab biasanya saya nampak yang jual kuih kat sini, Mak Cik Kiah."
Dia membetulkan pertanyaannya, mungkin sebab ternampak muka ku yang seperti orang tak 'puas hati'."Ye.." "Ye?, apa?" perlahan-lahan dia mengambil plastik kuih dan terus mencapai beberapa keping kuih. 'eh, tak sopan langsung, ni aku penjual ke dia? dah la banyak tanya..' "Saudara, saya rasa saudara ni memang sengaja nak cari fasal, saya jual kuih bukan nak sedekah dengan orang macam saudara ni.." aku bertutur dengan selembut yang mungkin walaupun jelas nada suaraku sedikit meninggi. "Dan saya rasa..." "Eh, saudari..saya memang nak beli kuih ni, dah...kira berapa semua ni." 'belum sempat aku habiskan 'ayat power' ku, dia dah potong.' Dia membahaskan aku 'saudari' setelah mendengar aku memanggilnya 'saudara'.Entahlah, rasanya gelaran tu memang layak untuk dia sebagai orang asing, takkanlah aku nak panggil dia 'abang' disebabkan dia panggil aku 'adik' tadi...tak boleh.

**************
"Haa, Ain macam mana jualan tadi? habis ke? " Kak Sue bertanya sambil menyuakan nasi ke dalam mulutnya..Empat pasang mata memerhatikan aku. Yalah,sejak jadi penjual kuih secara tak rasmi dalam bulan Ramadhan ni.. soalan tu sudah kujangka. "Alhamdulillah, bolehlah..ada sikit rezeki, tapi penat jugalah layan orang ni.." Aku tengok Abang Hadi menambah nasi ke piringnya.Kak Erma menyuakan aku sayur labu masak lemak. Aku hanya menggeleng, bukan tak nak tapi perut aku ni dah 'penuh'.Seharian kosong, tak boleh diisi terlalu banyak secara tiba-tiba nanti senak pulak. Bulan puasa bukannya bukan untuk makan sesuka hati. "Hmm, baguslah tu, dapat juga pengalaman..." abang iparku sempat menasihatkan aku.
"Tapi, ada sorang lelaki tu.." Kak Tina hanya memandangku sekali-sekala. Dia lebih suka mendengar daripada mencelah percakapan orang lain. "Kenapa?" Kak Sue bertanya bila sedar yang kata-kataku tadi tergantung. "Taklah, Ain rasa pelik...dia tanya macam-macam, dah tu siap ambil kuih sendiri masuk dalam bakul plastik tu..bila Ain tegur, dia terus bayar..so strange..
"Oh, pakai spek mata ke?" Kak Erma mencelah. "A'aa.. Kak Erma kenal ke?..Kak Erma mengagguk.'macam mana Kak Erma kenal?'
*************

Luahan...


Alhamdulillah...
Segala puji bagi Allah...
*************************
12hb Nov 2007 : Ana dah dapat apa yang di hajatkn selama ni...

(8.05 am) - Aisyah merenung telefon pejabat di sebelah kanannya. dalam hati timbul keinginan untuk mengetahui keadaan sebenar. Namun, takut dan bimbang sekiranya jawapan yang dinanti mendukacitakan. 'sabarlah dikau diri, tabahlah dikau hati, semuanya telah ditentukan olehnya, cepat atau lambat, itulah ketetapanNya...' bisikan hati seiring dengan gerak diri. Aisyah mengangkat telefon dan terus menekan nombor yang berada dalam ingatannya.

(10.02am) - Alhamdulillah Ya Rabb...sesungguhnya nikmatMu amat besar kepada ku... Aku bersyukur atas setiap kurnian yang Engkau berikan kepadaku...Terima Kasih, Ya Allah...(^_^)