Thursday, September 30, 2010

Muhasabah...


Seringkali mendengar rintihan,aduan jiwa resah,jiwa kacau,hidupnya rasa x tenteram,
sering dibebani masalah... Aktiviti jamaah tidak menenangkan jiwanya..gerak kerja kelab menjadi bebanan...akademik dilupakan...payah hendak dtg program...tdk dtg program..usrah..meetg....kenapa jadi begini ya??

Mari kita renung dan berfikir saudaraku,
-Bagaimana tahajjud kita setiap malam..
-Berapa byk masa yang kita sediakan untuk menghadap Allah Ta'ala di waktu qiam setiap malam..
-Apakah seorang da'ie mujahid akan dialpai oleh Allah swt bila di saat orang tidur sang dai'e merintih..merayu..mengadu padaNya..?
-Bagaimana bacaan al-Qur'an kita..Al Waqi'ah..Al Mulk..Yaa Sin..semuanya surah-surah yang amat berkuasa membina kekuatan ruh..
kekuatan iman..
kekuatan keyakinan...
Menghapuskan kotoran-kotoran dosa..menambahkan bekalan pahala yang mampu menaikkan darjah ketenangan dalam hati para dai'e...
-Bagaimana solat kita...adakah solat kita mengandungi sentuhan-sentuhan ruh...unsur-unsur kerendahan hati,kekhusyukan,kerinduan dan penyerahan diri...yang dapat membina jiwa hamba dalam diri para pejuang islam....
Kadangkala kita tidak menemui hati kita di dalam solat..sehingga solat kita tidak ada ruh yang dapat menghidupkan jiwa.
-Bagaimana wirid dan zikir kita..yang sepatutnya menghidupkan hati..menyalakan ingatan, kerinduan. keasyikan kepada Allah swt...membuahkan kemulian..menumbuhkan sifat-sifat mahmudah..membersih mengikis sifat mazmumah..

Mari kita sama2 muhasabah,koreksi diri...berdiri di dunia nyata...kembalikan semangat baru sbg abna'ul harakah...
Bilamana kita berbaiah atas nama ALLAH dan Rasul,kita akan rasa manis dan nikmatnya berjuang,seronoknya bergerakkerja..berlapang dada dengan sahabat dan............
banyak lagi perkara yang manis bila berada dalam jemaah nie...
Mari kita berhijrah..Semoga kita tergolong dalam pejuang2 Islam yg sentiasa mengimpikan syahid djalanNya...


-Taujihad Ukhti Iman-
Asif jiddan ala kulli hal...
"Pengemis Cinta Ilahi,Perindu Syahid Abadi"

Friday, September 17, 2010

Sebuah Kehidupan...



" Alhamdulillah..." kesyukuran dipanjatkan kepadaNya. Reaksi Aisyah seraya tiba di kolej kediamannya. Kepenatan segera hilang apabila jasadnya direbahkan. Selama sehari semalam perjalanan dari kampung ke medan ilmu ini menyebabkan dia membiarkan jasadnya dibelai.
Walau hanya sebentar meninggalkan insan yang disayangi, namun kerinduan terlalu awal muncul dalam hatinya. 'Ummi, Aisyah rindu dengan ummi...' rintihan Aisyah dalam doanya.
Allah itu Maha Pemurah, walaupun insan itu tidak disisinya, namun sahabat-sahabat yang dikasihi sentiasa cekal mengharungi kehidupan kampus bersamanya.

Bermula kehidupan kampus semula. Rutin hariannya berjalan seperti biasa. Hanya kepada Kekasih dipanjatkan doa mohon kekuatan. Sampai bilakah pengalaman hidup ini akan berakhir... Terlalu berat untuk meninggalkan insan yang disayangi, namun disebabkan tanggungjawab, jasad kerdil pemiliknya akur dengan tuntutan itu.
Seiring dengan kesibukan yang bakal ditempuhinya, Aisyah tidak lari dari persoalan-persoalan yang bermain di hatinya. Bila bersendirian, terlalu banyak persoalan yang membelenggu fikiran, namun cepat ditepis dengan jihad kecil di hatinya. "Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku, Janganlah Engkau memberi ujian yang tidak mampu untuk aku lalui, bahkan limpahkanlah keredhaanMu kepadaku...amin, Ya Rabb..."




DenganMu Ya Allah...
Perjanjian yang saban hari aku perbaharui,
solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku,
hanya untukMU, Tuhan Sekalian Alam...
Bukankah hidup itu untuk mati,
dan mati untuk hidup yang lebih tinggi,
lalu aku mengerti,
apa tujuanku dihidupkan dan dimatikan.