
Setelah sekian lama menyepi, akhirnya hati tergerak untuk menziarahi Qalam hening ini sesuci Qalbu an-Nisa'...Kaifa haluki ya ukhti (di mana jua antunna berada), yang mungkin pernah singgah dan menjengah kalam ini...asif jiddan kerana menafikan amanah yang diberikan..."sekecil-kecil perkara juga adalah amanah buat seorang insan yang bergelar hamba..." (ana akui itu)
Menyingkap tirai tahun baru Hijrah 1433, sehingga memasuki tahun Masihi 2012, begitu banyak kekangan yang perlu dilalui (walaupun pada dasarnya semua itu alasan yang dicipta), amanah yang dipikul sebagai Hamba, Puteri Humairah, Sahabat setia, Daie' dalam perjuangan, Siswi, di medan jihad, Naqibah untuk mata rantai perjuangan Islam(adik-adik usrah yang tersayang), Wakil yang terpimpin, menuntut diri ini mewakafkan masa yang lebih sekaligus mencicirkan harapan untuk antunna dalam alam maya ini. Asif Jiddan sekali lagi...
Insya Allah, DIA memberi kekuatan untuk kita sentiasa 'bertemu', saling nasihat-menasihati, ingat-mengingatkan, kerana Ukhwah itu sentiasa subur dalam Nasihat dan Ingatan yang mendalam kerana Pencipta...Allahurabbi...
Sedikit coretan untuk ukhti yang tersayang...
Memasuki alam kampus bulan September, amanah sebagai Wakil siswi tergalas di bahu insan kerdil ini...amanah di medan jihad kecil (ilmu) juga meminta masa yang perlu dibahagikan. Ya!!! MASA... masa yang sangat berharga, masa yang selalu mencemburui kita, masa yang tidak pernah cukup buat si pencari cinta, masa yang indah untuk mencipta kenangan di dunia yang fana...jika insan alah dengan masa, maka terciptalah satu istilah yang sering menjadi bebanan..MASA + ALAH = MASALAH.
Namun, sebenarnya semua itu bisa saja diselesaikan jika insan bijak mengalahkan masa!.
Tetapi perkara yang sama juga berlaku pada insan kerdil ini...sering bertarung dengan masa, selalu saja berperang dengan masa, kadang...menang, namun tidak kurang juga kalah...
Bila tersedar, istighfar meniti dibibir, bila terleka, hanya keampunan yang mampu dicari..
" Ya Allah...Jadikanlah kami tergolong dalam hamba-hambaMu yang sentiasa bijak dan cekap menggunakan masa, jangan biarkan kami terleka dengan keindahan fana, peliharalah kami dari tergoda hasutan nafsu durjana..."
Tanpa menyedari masa yang berlalu, kini genap empat purnama berlalu, namun baru kali ini ana mampu mencoretkan rasa...'sesungguhnya insan itu sifatnya pelupa'.
Dari tahun ke tahun, coretan kanvas sering dilakar, cerita insan sentiasa terlukis yang tidak terlepas daripada PandanganNya..tetapi kita pula sering alpa dengan mencari keseronokan dunia sehinggakan melupakan cerita sebenar di sana. Itulah Insan. Banyak kelemahan dan alasan...
Puisi untuk insan...
Mentari muncul dinihari,
bersama tekad dan azam
kemas dalam dakapan,
agar hari ini...
lebih baik dari semalam...
masa semakin berpusing,
minit meninggalkan saat yang terleka,
insan semakin alpa,
malah semakin lupa,
dengan tekad dan azam yang dicipta,
sang mentari menmancarkan sinarnya,
menyuruh insan berubah...
namun!
insan masih disana,
dipinggiran kota bersama angan-angannya,
membiarkan daun kering di atas kepalanya,
sehingga...
awan bertukar warna,
biru menjadi merah...
insan masih juga disana,
semakina asyik dengan dunia,
melupakan amanah kepada Penciptanya...
Insan semakin terbuai,
apabila bulan datang membelai,
sehingga bintang hilang dalam lenanya...
insan masih juga di sana...
akhirnya,
tekad dab azam yang sama,
dibawa meneroka fajar kedua..
dalam mimpi insan yang terleka.
Oh Insan!!!
No comments:
Post a Comment