Thursday, August 4, 2011

Ramadhan Al-Mubarak...


Sekian kali...
hari yang berlalu tidak dirasai...
kini tetamu ini bertandang sekali lagi...
mudah-mudahan kedatangannya kali ini bersama rahmat Ilahi...
yang tak terperi...

'tit..tit...tit..'handset Aisyah berbunyi menandakan ada mesej yang masuk ke 'inbox'. Perlahan-lahan Aisyah mengambilnya dan cuba memerhatikan siapakah pengirim mesej itu...'oh, ustaz rupanya', bisiknya, seiring senyuman manis.

"Kekagumanku terhadap sabda ini ingin sekali kukongsi besama...
'Barangsiapa yang berpuasa ramadhan dalam keadaan penuh keimanan dan keikhlasan,
Maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."
(Sabda Rasulullah saw - riwayat Bukhari)
Ahlan wa Sahlan ya Shahrul Ramadhan...
-Ustaz Akmal-

Usai membaca mesej tersebut, mesej yang lain menyusul membalas peringatan kepada pengirimnya...'Syukran ustaz'.

Malam itu, handsetnya sering sahaja berbunyi menandakan ada mesej masuk. Aisyah hanya mampu membalas seadanya. 'Syukran kepada semuanya'. Entah mengapa, malam ini hatinya sayu, Ramadhan yang ditunggu-tunggu selama ini tidak mampu disambut seperti sebelumnya. Dia 'tidak sihat', mana mungkin dia mampu untuk melayan tetamu ini jika kesihatannya terganggu. Hanya mampu berzikir dan mendengar ayat-ayat suci Allah, namun sukar baginya untuk melakukan selebihnya, seperti kebiasaan.

'Ya Allah, ampunkanlah dosa hamba, redhailah dan rahmatilah kehidupan hamba dan keluarga...mudahan-mudahan Ramadhan kali ini mampu memberi tarbiyyah kepada diri ini agar menjadi muslimah yang beriman kepadaMU dan RasulMU, menjalankan amanah agamaMU...amin, ya Rabb...', hati kecil Aisyah berbisik hiba.

Inilah lumrah yang sering dilalui seorang muslimah...
Tanda kasih-sayang Allah, Dia menciptakan Wanita itu cantik dan ada kelebihannya...
namun, masih ada yang cuba menafikan kelebihan anugerah Ilahi,
dan menongkah kejadian semulajadi ciptaan Yang Esa,
sedangkan menjadi wanita itu adalah anugerah dan kurnia terindah dariNya.

* Lazimkan berzikir dan perbanyakan sedekah *

No comments: