Tuesday, November 16, 2010

Salam Eid Adha..


Allahuakhbar!Allahuakhbar!Allahuakhbar!
Lailahaillallah...wallahuakhbar!....Allahuakhbar walilla ilham...!

Sayup-sayup takbir raya kedengaran di surau asrama. Aisyah baru selesai solat Isya'. Terasa ada kesedihan menggigit tangkai hati kecil miliknya. Kerinduan menggamit, kepiluan meronta-meronta di dada. Aisyah bangkit menyelesaikan solat Taubat, tanpa disedari airmata itu jatuh lagi...'Ya Rabb, ampuni hamba, airmata ini jatuh disaat terkenangkan insan-insan itu, seharusnya manik jernih ini mengalir mengenang dosa dan kejahilan' Bisikan naluri seiring dengan tangisan sayu,' Namun, Engkau lagi Mengetahui gelodak rasa yang dipendam seharian ini...'rintihannya dikala sujud terakhir.

Kiranya ini pengalaman yang harus kutempuhi,
sabarlah dikau Hati,
Jika ini dugaan yang perlu kulalui,
tabahlah dikau Diri,
Sekiranya ini ujian untuk mengapai nikmatMu,
Hati,
Diri,
Yakin dan percaya...
semuanya akan berakhir suatu hari nanti,
cuma kupinta,
sedikit kesabaran dan segenggam ketabahan dariMU...
Kerana,
Sesungguhnya jalan ke SyurgaMu itu penuh berliku,
sedangkan neraka itu gambaran kesenangan
tidak hakiki...

"Jangan bersedih,
sesungguhnya kamu tidak berseorangan,
DIA ada untukmu..."(^_^)
-sahabatmu, faranaqwiah-

Kata-kata ikhlas yang dilakarkan, sedikit sebanyak menenangkan hati insan kerdil itu. Bukan tidak pernah berdepan dengan situasi yang sama, cuma insan ini sama juga seperti kamu, cuma insan biasa. Jangan salahkan dirinya, andai tak sekuat Serikandi itu, kerana dia cuma muslimah biasa yang juga punya hati seperti kamu.

Namun, hari mulia perlu diraikan...Inilah hadiah untuknya. Dia akui itu. Syukur padaMU, ya Rabb.
Secebis hadiah juga buat kamu...'Salam Eid Adha'
Drp Ubadah: "Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda; Siapa yang menghidupkan malam hari raya Aidiladha dan Aidilfitri nescaya hatinya tidak mati pada hari matinya hati-hati" (Riwayat at-Tabrani)

-coretan rasa: Malam Aidil Adha-

No comments: